Home > Celebration Day > Chevrolet & 31st August

Bel-Air-06

Menjelang sambutan kemerdekaan yang ke 59 ini adakah masih kita ingat sebuah kereta yang penuh bersejarah yang telah menjadi pengangkutan pilihan kepada Tunku Abdul Rahman. Kereta chevrolet Bel Air ini masih lagi di pamerkan di Melaka. Di daftarkan dengan nombor pendaftaran BE52 dan berwarna putih masih tersergam dan dipelihara dengan baik. Kereta ini adalah Chevrolet Bel Air Sport Sedan 1957 dengan kapasiti enjin 4.6L V8. Kereta ini di beli di London oleh wakil Tunku dan sampai ke tanah air beberapa hari sebelum sambutan kemerdekaan. Kereta ini di gunakan dan menjadi pilihan untuk membawa Tunku di hari pengistiharaan kemerdekaan ke Stadium dan kemudian digunakan untuk membawa Pesuruhjaya British dan tetamu ke hormat yang lain. Dua tahun kemudian sekali lagi kereta ini digunakan kan untuk Tunku berkempen ke seluruh tanah air. Kereta ini ditamatkan khidmatnya selepas Tunku meletakan jawatan pada 1970 dan kemudian di gantikan dengan kereta kereta Mercedes.

Di sini TMQ car rental di Melaka ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Merdeka ke 59 kepada seluruh rakyat Malaysia dan pelanggan yg di hormati.

MERDEKA!!!

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*